Bagi memberikan nafas baru, kumpulan ini dijenamakan semula dan dikenali dengan nama Skuad Kita Pengguna (SKiP). Penjenamaan ini bertujuan untuk memantapkan dan meningkatkan keberkesanan fungsinya di seluruh negara.
Bidang tugas utama SKiP adalah untuk membentuk komuniti pengguna yang berdaya upaya, menggalakkan kolaborasi Kementerian bersama sektor bukan kerajaan demi kepentingan pengguna, membantu melaksanakan program/aktiviti kepenggunaan, dan membantu dalam pemantauan dan melaporkan kepada Kementerian dengan saluran yang betul.
SKiP dahulunya dikenali sebagai Hero Pengguna (HP) ditubuhkan dengan objektif yang sama namun telah ditambah baik bagi menyesuaikan peranan dan perkhidmatan mengikut perkembangan dan trend semasa Masyarakat.