Bidang Tugas

 

  • SKiP membantu Kementerian dalam usaha mendidik masyarakat untuk menjadi pengguna yang berdaya upaya.

Pengguna berdaya upaya adalah pengguna yang tahu hak, serta berani untuk mengambil tindakan selaras dengan perundangan/peraturan yang tersedia.

  • SKiP mewakili setiap lapisan masyarakat seperti sektor awam, swasta, Persendirian, Pertubuhan dan lain-lain.

Matlamat utama SKiP adalah untuk bersama-sama membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan mendidik masyarakat berkenaan kemahiran kepenggunaan.

  • SKiP bersama masyarakat bagi menjalankan program dan aktiviti bersama sektor Swasta, Pertubuhan dan masyarakat kampung/pendalaman

Program seperti ini di rangka agar advokasi atau mesej kepenggunaan yang disampaikan oleh Kementerian dapat dibuat dengan lebih menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat.  Antara “aktiviti dan program yang dirangka bagi SKiP adalah program sesi libat urus bersama ahli, pemukiman dan training on how to be an influencer bagi kementerian”.

  • SKiP bergiat aktif melalui media sosial, dan melaksanakan pertandingan atau kuiz dalam usaha berterusan untuk mendidik orang awam seiring dengan perubahan teknologi dan kecenderungan orang awam

SKiP bercadang untuk terus bekerjasama dengan kementerian dan agensi awam/swasta dengan menyertai program, seminar atau aktiviti bagi mendidik masyarakat celik ilmu kepenggunaan.

  • SKiP bersama Kementerian dalam membuat pemantauan dan pelaporan melalui saluran yang betul

Ahli SKiP berfungsi sebagai mata dan telinga Kementerian dalam melaporkan kesalahan dalam bidang kuasa Kementerian melalui saluran yang disediakan.