Syarat Penyertaan Ahli Skuad Kita Pengguna
 

  1. Keahlian Skuad Kita Pengguna adalah terbuka kepada semua warga Malaysia yang berminat untuk berkhidmat secara sukarela dan komited untuk membantu memantau harga barangan dan perkhidmatan. Had umur menjadi ahli adalah pada umur 18 tahun ke atas.


Terma dan Syarat Keahlian Skuad Kita Pengguna
 

  1. Skuad Kita Pengguna adalah merupakan satu keahlian sukarela dan diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan, menjadi pemangkin kehidupan lestari, menjadi jurucakap kepada program-program kepenggunaan Kementerian dan menyampaikan maklumat kepenggunaan kepada masyarakat umum.
  2. Keahlian Skuad Kita Pengguna adalah terbuka kepada rakyat Malaysia dengan had umur untuk menjadi ahli adalah pada umur 18 tahun ke atas.
  3. Seseorang yang menjadi ahli Skuad Kita Pengguna TIDAK mempunyai kuasa bagi menguatkuasakan undang-undang KPDN.
  4. KPDN tidak akan menyediakan ganjaran atau balasan berbentuk wang tunai atau bayaran kepada ahli-ahli Skuad Kita Pengguna yang menyertai program / aktiviti / tugas yang dianjurkan melainkan kebenaran awal secara bertulis telah dikemukakan oleh KPDN / pihak penganjur kepada ahli-ahli Skuad Kita Pengguna.
  5. Penyalahgunaan nama Skuad Kita Pengguna untuk kepentingan peribadi / persatuan tidak dibenarkan sama sekali.
  6. KPDN berhak menamatkan keahlian Skuad Kita Pengguna pada bila-bila masa tanpa perlu memberi apa-apa sebab.