JUALAN LANGSUNG PELBAGAI PERINGKAT
PENDAHULUAN
Tidak dinafikan, perniagaan melalui kaedah pelan pemasaran jualan langsung pelbagai peringkat (MLM) menyediakan peluang dan masa depan yang cerah kepada pengguna. Peniaga yang menjalankan perniagaan melalui kaedah ini mampu mengaut keuntungan sehingga berbilion ringgit. Namun, terdapat segelintir peniaga yang menukar strategi perniagaan dengan menggunakan kaedah penajaan ahli baru semata-mata tanpa jualan barangan dan lebih dikenali sebagai Skim Piramid.
PERBEZAAN MLM DAN SKIM PIRAMID
-
MLM:
-
Konsep perniagaan berteraskan pelan pemasaran berbilang tingkat (MLM) yang menekankan penjualan barang atau produk.
-
Syarikat yang menjalankan perniagaan secara MLM mesti berdaftar dan mempunyai lesen dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
-
Skim Piramid:
-
Satu bentuk pelan pemasaran yang menekankan pencarian ahli baru berbanding jualan barang atau produk.
-
Setiap ahli dikehendaki mencari atau menaja beberapa ahli baru untuk diletakkan di bawahnya bagi mendapatkan komisyen.
STATISTIK PENIPUAN
TAHUN
|
JUMLAH ADUAN
|
2014
|
460
|
2015
|
464
|
2016
|
762
|
2017
|
706
|
2018 (sehingga 8 April 2018)
|
134
|
JUMLAH
|
2,526
|
Jadual 1: Statistik Penipuan MLM
Berdasarkan statistik yang ditunjukkan dalam Jadual 1, ianya telah menunjukkan trend peningkatan penurunan aduan berkaitan penipuan MLM dari tahun 2016 hingga tahun 2017. Trend ini menunjukkan bahawa pengguna semakin bijak menggunakan hak-hak mereka sebagai pengguna. Mereka juga telah mula sedar, prihatin serta mengelak daripada ditipu oleh syarikat MLM.
ADUAN YANG DITERIMA
Antara aduan yang diterima adalah:
-
Bonus tidak diberikan seperti yang dijanjikan;
-
Perubahan pelan pemasaran;
-
Perniagaan berbentuk skim piramid;
-
Syarikat tidak ada lesen Akta Jualan Langsung (AJL);
-
Produk syarikat tidak seperti yang diiklankan; dan
-
Penipuan oleh jurujual.
PANDUAN KEPADA PENGGUNA
Bagi memastikan pengguna tidak mudah terpedaya dan ditipu oleh skim piramid, beberapa panduan kepada pengguna seperti berikut boleh digunapakai:
-
Jangan keliru di antara MLM dan skim piramid;
-
Baca dokumen perjanjian sebelum menyertai MLM; dan
-
Baca iklan produk dengan teliti, pastikan kesahihan produk dengan agensi berkaitan.
Jika pengguna berasa tertipu, salurkanlah aduan anda kepada KPDN dan anda juga boleh membuat tuntutan di mana-mana Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang berhampiran dengan anda. Hubungi TTPM melalui talian Hotline 1-300-88-5465 atau layari Portal e-Tribunal https://ttpm.kpdn.gov.my/portal/home sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan pemfailan kes di Tribunal.
Jadilah pengguna yang bijak dan elakkanlah daripada menjadi mangsa penipuan. Sekiranya anda berasa tertipu, salurkanlah aduan anda melalui mana-mana saluran aduan yang telah disediakan oleh KPDN:
-
Laman web e-aduan : https://eaduan.kpdn.gov.my/
-
Nombor Whatsapp aduan ke 019 279 4317
-
Emel Aduan : e-aduan@kpdn.gov.my;
-
Pusat Arahan Penguatkuasaan (Enforcement Command Center)(03 8882 6088 / 6245)
-
Bilik Gerakan KPDN Negeri (https://www.kpdn.gov.my/hotline/)
-
Sistem eAduan : https://eaduan.kpdn.gov.my